Sejarah Penubuhan Sekolah

 

 

Penduduk kampung Kota telah menempa sejarah dengan tertubuhnya sebuah Sekolah Menengah di kampung tersebut pada tahun 1965. Sekolah tersebut dinamakan Sekolah Menengah Kota.

Pada mulanya Sekolah Menengah Kota menumpang di banggunan Sekolah Kebangsaan Kota, tetapi tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1968, dua buah banggunannya sendiri siap dibina. Banggunan tersebut ialah Blok A dan banggunan Blok B. Tahun 1980, dua buah banggunan lagi siap dibina iaitu Blok C dan Blok D. Lima tahun kemudiannya, lagi banggunan baru siap dibina. Banggunan baru 3 tingkat pula sempurna disiapkan menjelang 1991. Sekarang Sekolah Menengah Kota mempunyai 11 buah blok termasuk blok kemahiran hidup

Peringkat awal penubuhannya Sekolah Menengah Kebangsaan Kota terdiri dari 2 aliran iaitu Aliran Melayu dan Inggeris. Kumpulan pertama pelajar-pelajarnya adalah seramai 230 orang yang datang dari sekolah rendah disekitarnya seperti Sekolah Kebangsaan Kota, Sekolah Kebangsaan Sri Kota, Sekolah Kebangsaan Bunut Payong, Sekolah Kebangsaan Pendek, Sekolah Kebangsaan Pintu Geng dan lain-lain lagi. Pelajar-pelajar tersebut di agihkan kepada tiga kelas aliran inggeris. Tenaga pengajar seramai 7 orang termasuk 5 orang guru terlatih dan 2 orang guru yang dipimjamkan dari Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Menengah Ismail Petra.

Pada tahun 1998 Sekolah Menengah Kebangsaan Kota mempunyai 1854 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Jumlah kelas ialah sebanyak 50 kelas termasuk 4 kelas aliran sains dan 3 kelas aliran agama atau arab. Tenaga pengajarnya seramai 90 orang iaitu 60 orang guru siswazah dan 30 orang guru bukan siswazah.

Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Kota boleh berbangga dengan jumlah tenaga pengajarnya seramai 139 orang termasuk 124 orang guru siswazah dan 15 orang guru bukan siswazah. Jumlah pelajarnya juga melebihi 2100 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas dengan 60 kelas termasuk kelas pendidikan khas. Jumlah kakitangan bukan guru yang sedang berkhidmat sekarang adalah seramai 16 orang termasuk kakitangan pejabat dan kakitangan makmal.

 


Web Pilihan
 
Pelayar Web
mod_vvisit_counterHari ini32
mod_vvisit_counterSemalam61
mod_vvisit_counterMinggu Ini526
mod_vvisit_counterBulan Ini326
mod_vvisit_counterSemua26813
Lestari @ SMKKOTA

Get the Flash Player to see this player.
Aplikasi Atas Talian
     
       
Pautan Pendidikan
   
   
   
   
   
   
PENAFIAN: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
DISCLAIRMER: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
.:: Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 resolusi 800 x 600 ::.
Copyright 2010 Sekolah Menengah Kebangsaan Kota. All Rights Reserved
-Sumbangan Portal Komuniti Alumni SMKKOTA-