|
Selamat Datang Web Portal V3.0 SMK Kota |
|
Written by smkkota
|
|
Friday, 06 February 2009 09:00 |
|
Selamat Datang Ke Laman Portal V2.0 SMK Kota..
Syukur ke hadrat Allah yang maha berkuasa kerana Sekolah Menengah Kebangsaan Kota telah berjaya membina Portal Webnya sendiri yang menyediakan maklumat-maklumat asas tentang sekolah ini secara global melalui pendekatan ‘langit terbuka' selari dengan konsep 'Global Village' atau 'Small World'.
Dalam usaha untuk mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan, pengurusan di peringkat sekolah telah diberi ruang untuk melaksanakan agenda dan perancangan yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Perancangan yang dilakar menjurus ke arah mementingkan penguasaan ilmu dan kemahiran sosial (JERI) selaras dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta ‘dunia tanpa sempadan' ( borderless world ).
Dunia pendidikan hari ini telah melalui pelbagai perubahan serentak dengan cabaran dan pelbagai fenomena yang dihadapi. Saya mengharapkan Laman Web ini sebagai titik permulaan penerokaan informasi pendidikan serta memberi manfaat sepenuhnya kepada semua.bagi menyahut seruan "Pendidikan Malaysia Bertaraf Dunia", Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan Laman Web ini. 'SMK KOTA CEMERLANG DAN GEMILANG'
Sekian. Terima Kasih
t.t Tn.Hj.Mohd Pauzi bin Mat Hussin Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota
|
|
Last Updated on Saturday, 21 March 2009 12:11 |