Program Sains Negara PDF Print E-mail
Written by smkkota   
Friday, 13 February 2009 17:25

PADA 29 November 1996, Tun Dr. Mahathir telah merasmikan Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, di atas keluasan lapan hektar tanah bernilai komersial tinggi. Fungsinya adalah untuk mempromosikan sains dan teknologi di Malaysia. Bangunan itu terkenal dengan bentuk bumbung geodesic dome.

Bentuk futuristik bangunan itu menempatkan item pameran tentang sains dan teknologi yang boleh dikunjungi secara menyeluruh dalam tempoh setengah hari. Sebahagian daripada pameran yang ada menyentuh tentang alam sekitar, merintis penemuan, dunia masa depan, mesin `berfikir’, gaya hidup digital dan sudut pereka cipta. Sementara itu, pada tahun 2008, Pusat Sains Negara Singapura menyambut ulang tahun ke-30, dengan meraikan pengunjung ke-16 juta dalam tempoh 30 tahun.

Petrosains di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) pula genap 10 tahun pada 25 Mac tahun lalu.

Rata-rata usia setiap institusi sains itu masih muda, tetapi mereka telah mencuba sedaya upaya memartabatkan ilmu sains dan matematik dengan cara yang tersendiri.

Tahun 2010 akan lebih mencabar kerana ramalan kegawatan ekonomi dunia serta isu-isu dasar pendidikan yang masih belum diberi kata putus.

Pengurusan pusat sains perlu mencari jalan supaya mereka terus kelihatan relevan dan segar. Pelbagai strategi dilakukan, dan Petrosains telah melakukannya dengan baik dan berkesan sepanjang penubuhannya. Salah satu programnya ialah Petrosains Teachers Fellowship Programme atau program felo guru Petrosains.

Moga semua warga sekolah peka dengan perkembangan sains dan teknologi sedemikian ini.

Last Updated on Sunday, 06 June 2010 03:37
 


Web Pilihan
 
Pelayar Web
mod_vvisit_counterHari ini30
mod_vvisit_counterSemalam61
mod_vvisit_counterMinggu Ini524
mod_vvisit_counterBulan Ini324
mod_vvisit_counterSemua26810
Lestari @ SMKKOTA

Get the Flash Player to see this player.
Aplikasi Atas Talian
     
       
Pautan Pendidikan
   
   
   
   
   
   
PENAFIAN: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
DISCLAIRMER: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
.:: Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 resolusi 800 x 600 ::.
Copyright 2010 Sekolah Menengah Kebangsaan Kota. All Rights Reserved
-Sumbangan Portal Komuniti Alumni SMKKOTA-